Saturday 18 December 2010

Nama yang baik dalam harapan

Setiap pasangan suami isteri di dunia ini pastinya menginginkan cahaya mata. Jadi, apabila lahirnya bayi tersebut perkara yang paling penting adalah nama. Islam sangat mengunjurkan agar ibu bapa supaya memberikan nama-nama yang baik terhadap anak mereka. Seperti yang berlaku pada zaman Rasulullah.

Pada suatu hari, Fatimah melahirkan anak lelaki sulungnya. Lalu, apabila Nabi mengetahui berita gembira itu, Nabi terus pergi ke rumah Fatimah dan Ali bin Talib untuk melihat cucu sulungnya itu. Setelah sampai, Nabi bertanay kepada Ali bin Talib apakah nama cucunya itu. Ali menjawab Harba yang bererti peperangan.Tetapi Nabi tidak menyetujuinya dan memberikan nama Hasan yang bererti baik. Ali dan Fatiamh setuju.

Beberapa tahun kemudian, Fatimah melahirkan seorang lagi anak lelaki dan Ali masih lagi mahu memberikan nama anaknya Harba. Nabi selaku datuk kepada cucunya tidak menyetujui nama tersebut lalu memberikan nama Husein. Ali dan Fatimah pun setuju dengan nama baru yang diberikan oleh bapa mereka.

Beberapa tahun kemudian, Fatimah melahirkan anak lelakiyang terakhir dan Ali bib Talib masih lagi mahu memberikan nama anaknya Harba. Nabi mengunjungi keluarga Ali untuk melihat cucunya yang ketiga. Setelah sampai, Ali memberikan nama anaknya yang ketiga itu dengan nama Harba juga. Mendengarkan itu sekali lagi, Baginda menukarkan dengan nama Muhsin yang bererti orang yang baik sikap, suka melakukan baik dan kebajikan. Nama Muhsin itu diterima dan digunakan padanya walaupun Muhsin meninggal masa kecil.

Hasan, Husein dan Muhsin, tiga nama yang diberikan Nabi kepada ketiga-tiga cucu Baginda walaupun setiap kali kelahiran cucunya itu, Ali mahu memberikan nama Harba.

Begitulah Nabi saw memberikan perhatian besar tentang nama. Baginda inginkan nama-nama baik bagi keluarganya dan juga umat Islam keseluruhannya kerana nama mempunyai erti dan mengandungi harapan baik pada diri orangnya. Marilah kita sama-sama contohi sikap Rasulullah yang sentiasa mahu memberikan nama yang terbaik buat keluarganya.

No comments:

Post a Comment