Friday 18 March 2011

Thank You Allah...

Assalamualaikum semua... Hmm... Nmpknye mmg dah lama betul Zariq x update blog ni kn? Buat pertama kalinya slps beberapa bln, Zariq nk ceritalah pasal pendrive Zariq yg hilang buat seketika hari tu (Zariq ada cerita kat cheritazariq.blogspot.com). Skrg ni, kesinambungan ceritanya alhamdulillah Zariq dah jumpa pun pendrive zariq tuh. Lepas Zariq buat luahan hati dan perasaan dalam blog lagi satu tu, Zariq terus aje tunaikan solat Isyak sebab belum buat lagi. So, lps sembahyang tu, Zariq ambillah kesempatan doa puas-puas biar jumpa balik pendrive tu. Lepas sembahyang je, Zariq saje2lah buak2 almari, Ya Allah mmg xsgka betullah rupe2nye ada kat situ je. Zariq terus je ambil lepas buat sujud syukur kat situ juga. Sebab happy sangat2. Yelah, mana x happynye, kalau pendrive yang hilang tu sampai 3 biji. Sebenarnya Zariq nak bagi tahu, bahawa Allah mmg Maha Pemurah dan Maha Penyayang sgt9. Zariq pun x sgka, yelah Zariq ni bknnye baik sgt pun, just minta doa pastu bkknnye buat soalt hajat pun. Tp betapa sayangnya Allah kat Zariq ni, Dia makbulkan doa Zariq and temukan semula pendrive Zariq tu. Zariq bersyukur sgt2.

p/s: take care baik2 brg2 b'harga anda tu...

Saturday 18 December 2010

Nama yang baik dalam harapan

Setiap pasangan suami isteri di dunia ini pastinya menginginkan cahaya mata. Jadi, apabila lahirnya bayi tersebut perkara yang paling penting adalah nama. Islam sangat mengunjurkan agar ibu bapa supaya memberikan nama-nama yang baik terhadap anak mereka. Seperti yang berlaku pada zaman Rasulullah.

Pada suatu hari, Fatimah melahirkan anak lelaki sulungnya. Lalu, apabila Nabi mengetahui berita gembira itu, Nabi terus pergi ke rumah Fatimah dan Ali bin Talib untuk melihat cucu sulungnya itu. Setelah sampai, Nabi bertanay kepada Ali bin Talib apakah nama cucunya itu. Ali menjawab Harba yang bererti peperangan.Tetapi Nabi tidak menyetujuinya dan memberikan nama Hasan yang bererti baik. Ali dan Fatiamh setuju.

Beberapa tahun kemudian, Fatimah melahirkan seorang lagi anak lelaki dan Ali masih lagi mahu memberikan nama anaknya Harba. Nabi selaku datuk kepada cucunya tidak menyetujui nama tersebut lalu memberikan nama Husein. Ali dan Fatimah pun setuju dengan nama baru yang diberikan oleh bapa mereka.

Beberapa tahun kemudian, Fatimah melahirkan anak lelakiyang terakhir dan Ali bib Talib masih lagi mahu memberikan nama anaknya Harba. Nabi mengunjungi keluarga Ali untuk melihat cucunya yang ketiga. Setelah sampai, Ali memberikan nama anaknya yang ketiga itu dengan nama Harba juga. Mendengarkan itu sekali lagi, Baginda menukarkan dengan nama Muhsin yang bererti orang yang baik sikap, suka melakukan baik dan kebajikan. Nama Muhsin itu diterima dan digunakan padanya walaupun Muhsin meninggal masa kecil.

Hasan, Husein dan Muhsin, tiga nama yang diberikan Nabi kepada ketiga-tiga cucu Baginda walaupun setiap kali kelahiran cucunya itu, Ali mahu memberikan nama Harba.

Begitulah Nabi saw memberikan perhatian besar tentang nama. Baginda inginkan nama-nama baik bagi keluarganya dan juga umat Islam keseluruhannya kerana nama mempunyai erti dan mengandungi harapan baik pada diri orangnya. Marilah kita sama-sama contohi sikap Rasulullah yang sentiasa mahu memberikan nama yang terbaik buat keluarganya.

Thursday 16 December 2010

Kafan untuk Nenek

Hayatilah cerita ini...

Awan mendung yang berarak lalu bagai tidak lagi mampu menanggung beban, lalu memuntahkan segala isi yang tersimpan sekian lama. Hujan lebat membasahi bumi. Namun lebat lagi hujan di dalam hatiku, deras lagi airmata yang mengalir di kedua belah pipiku. Allahu Allah.. Hebatnya dugaan-Mu kali ini. Betapa lemahnya aku, betapa sesungguhnya terbukti bahawa aku tidak sekuat mana.
Berkali-kali aku cuba memujuk diri, beristighfar. Berulang-kali menyebut nama Allah, kalimah suci Tiada Tuhan melainkan Allah, dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Allah Maha Besar, Maha Suci Allah, namun tetap jua tidak mampu meredhakan kesedihan yang terbuku di dada. Allahu Allah.. Ampunkan dosaku Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu bapaku, ampunkanlah dosa nenekku.
Nenek... Airmata kian meluncur laju tatkala bayangan wajah nenek menjelma. Ya Allah, nenek sudah tiada, Ya Allah, nenek sudah pergi tinggalkan kami, Ya Allah, aku tidak mungkin dapat melihat nenek lagi, tidak mungkin dapat memeluk nenek lagi, tidak mungkin dapat mendengar celoteh nenek lagi, aku sayang nenek, aku pasti rindukan nenek..
"Naufal, tolong nenek sekejap," Suara nenek memanggil kedengaran sayup dari ruang tamu rumah.
Tanpa berlengah lagi, aku segera meletakkan pen yang aku pegang. "Biarlah, malam nanti boleh sambung isi borang UPU ni, nenek belum tentu boleh menanti aku sampai malam." Bisik hatiku. Segera aku percepatkan langkah. Aku menyusun langkah menuju ke arah nenek.
"Ada apa Nek?" Aku bertanya sambil melabuhkan punggungku di sebelah nenek. Kedut wajah nenek tampak jelas kelihatan, namun nenek tetap jua mengukir senyuman yang paling manis buatku. Dia memang begitu, suka senyum.
"Naufal dah habis isi borang ke?" Nenek bertanya. Aku sekadar menggelengkan kepala, tersenyum kepada nenek. "Belum Nek, tapi takpe, malam nanti boleh sambung isi, IPT boleh di cari ganti, tapi Nenek Naufal ni sorang je kat dunia ni.." Ujarku sambil melentokkan kepala ke bahu nenek. Nenek cuma tergelak kecil, aku senang melihat nenek gembira.
Nenek sudah dimamah usia, umurnya kini hampir mencecah 70 tahun. Arwah atuk sudah lama pergi meninggalkan kami, kembali ke rahmatullah hampir 20 tahun yang lepas, namun nenek tetap setia sendiri. Tidak pernah terniat mencari pengganti atuk. Walaupun pernah ada yang mencuba nasib merisik khabar, dengan tenang nenek menolak.
"Biarlah aku sendirian sampai mati, aku sayangkan ayah kamu, semoga di syurga nanti kami akan bersatu lagi.." Itulah kata-kata nenek yang disampaikan oleh ayahku kepadaku. Sejak itu, ayah selaku anak sulung dan adik beradiknya yang lain tidak lagi berniat untuk menjodohkan nenek. Mereka kagum dan hormati pendirian nenek. Nenek seorang yang setia pada cintanya.
Sejak Mak Su mendirikan rumah tangga, mengikut suaminya ke utara tanah air, nenek tinggal sendirian. Sejak itu juga, aku pulang ke kampung, menetap di kampung menemani nenek. Selaku cucu sulung, aku rasa bertanggungjawab untuk bersama nenek setiap masa. Tak sanggup aku biarkan nenek keseorangan, kesepian. Tak tergamak aku biarkan nenek menghabiskan sisa-sisa usianya menghitung detik waktu seorang diri. Ibu dan ayah serta pakcik dan makcik terpaksa bertugas di bandar, jauh dari kampung, aku mengerti kekangan tugas mereka, nenek juga begitu. Jadi biarlah aku bersekolah di kampung, menemani nenek di rumah pusaka arwah atuk. Nyaman. Damai.
"Naufal! Termenungkan apa?" Lamunanku tersentak bila nenek memanggil namaku. Aku tergelak kecil. Tersipu malu. Jauh benar melayan emosi, sehinggakan nenek juga perasan.
"Takdelah Nek, Naufal teringat kuih bingka yang nenek selalu buat, sedap...." Aku cuba berselindung sambil buat-buat muka kasihan. Nenek mula bersimpati.
"La, betul ke? kalau macam tu nenek boleh buat sekarang," Cepat pula nenek menyahut. Aduh, perasaan bersalah mula menyelinap ke lubuk jiwaku.
".Hehehe..Mana ada Nek, Fa gurau je la nek, saja nak tengok Nenek sayang Fa ke tidak, hehe.." Ujarku. Pantas nenek mencubit bahuku, aku mengekek kegelian. Mengelak tidak, seronok menyakat nenek petang-petang begitu.
"Naufal, tolong nenek ambilkan beg atas almari boleh?" Pinta nenek setelah tawa kami terlerai. Aku memusatkan pandangan mataku ke wajah sayu nenek.
"Beg mana Nek?" Aku bertanya sambil menggaru-garu kepala.
"Beg hijau atas almari nenek, ada dalam bilik, bawa ke sini kejap," Terang nenek lagi. Aku menangguk-angguk kepala lalu mengatur langkah menuju masuk ke bilik nenek. Mendongak kepala melilau pandangan ke atas almari nenek, tanpa berlengah-lengah, beg hijau itu aku capai lalu membawanya kepada nenek.
Nenek menarik zip pada beg dengan penuh teliti. Tangan nenek menggigil, betul nenek sudah dimakan usia. Sayu pula aku melihat nenek. Makin lama aku menatapnya, makin hati ini bagai di hiris-hiris. Aku sayangkan nenek.
Bertambah sayu dan pilu bila tangan lemah nenek menarik keluar sehelai kain putih yang kekuning-kuningan. Seperti kain kapan, tapi tak mungkin. Aku cuba menidakkan namun dadaku mula terasa sebak. Aku tetap cuba bertahan.
"Kain apa ni Nek?" Aku bertanya, minta kepastian. Perhatianku tepat kepada kain putih itu.
"Ini kain kapan nenek, dah lama nenek simpan.. tunggu saat ajal tiba..bila nenek dah tiada nanti, Fa tolong bagitau ayah Fa, guna kain kapan ni ya.. " Lemah suara nenek menjawab. Tidak semena-mena butir-butir jernih mengalir dari kedua kelopak mataku. Tidak mampu tertahan lagi, air mata mengalir deras. Tak sanggup mendengar suara nenek menyebut ajal.
"Nenek, kenapa cakap macam tu, jangan tinggalkan Naufal.." Bagaikan anak kecil aku tersedu-sedu menahan tangisan.
"Isk Fa, istighfar.. Mana boleh cakap macam tu, ajal itu pasti, sudah di tentukan Allah, di dunia ini kita cuma sementara, di dunia ini kita cuma menumpang, sampai masa, kita semua, nenek dan Fa juga akan dijemput pulang.. Nenek sudah lama hidup di muka bumi ini, bila-bila masa saja nyawa nenek akan diambil, itu suratan takdir, kita kena redha.." Merdu suara nenek menyentuh gegendang telingaku.
Aku merebahkan kepala ke riba nenek. Seperti selalu, nenek membelai-belai rambutku. Andai nenek tiada, saat ini pastinya paling aku rindui. Ya Allah, mampukah aku menghadapi kenyataan itu ya Allah, mampukah aku melepaskan nenek pergi? Berulang kali suara hatiku berbisik sayu.
"Naufal, ketika Allah ciptakan kita, Allah dah tulis dah, semuanya termasuk ajal kita. Hidup kita umpama berlari 100 meter, makin kita berlari, makin kita dekat dengan garis penamat. Hari ke hari kita hidup, kita makin dekat dengan ajal kita. Fa tahu kan, perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa silam kita dan perkara yang paling dekat, makin dekat dengan kita adalah mati.." Nenek menyambung bicara, di riba nenek aku cuma mendengar. Katalah apa saja nenek, aku akan simpan semua kata-kata nenek kemas dalam kotak ingatanku.
"Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati. Takut membuat kemungkaran kerana takut bila mati kelak di azab, sungguh-sungguh buat kebaikan, kumpul pahala buat bekalan di akhirat sana sebab tahu, hidup di dunia cuma sekali. Bila dah mati, dah tak boleh undur lagi dah.. Menyesal bagaimana sekalipun, kita tak mungkin boleh undur masa.."
"Nenek berdoa, moga mati nanti tempat untuk nenek berehat.. Nenek bermohon agar segala dosa nenek terampun, sebelum masa itu tiba.. Nenek pun tak tahu bila masanya nenek akan dijemput pulang, mungkin esok atau lusa.." Suara nenek tersekat-sekat. Airmata nenek menitis jatuh ke pipiku. Aku angkat kepala menatap wajah nenek. Pilu hatiku melihat wajah nenek berbasahkan airmata. Sayu. Cepat-cepat aku sapu airmata nenek.
"Nenek jangan menangis, Fa sayang nenek.." Aku cuba memujuk nenek. Namun desah gelora jiwaku ternyata lebih hebat. Aku turut menangis lalu memeluk nenek erat. Dalam pelukan nenek aku menangis semahunya.
"Fa jangan nangis, tidak kira samada nenek hidup atau tidak, kalau Fa betul-betul sayangkan nenek, sedekahkan doa untuk nenek, sedekah fatihah untuk nenek.. InsyaAllah.. kasih sayang antara kita tidak akan terputus sampai bila-bila," Ujar nenek sambil mengelap pipiku dengan tangannya yang penuh rasa kasih. Nenek mengukir senyum, senyuman yang paling manis. Walaupun sukar, aku memaksa diri membalas senyuman terindah nenek.
Bas bagaikan berjalan terlalu perlahan. Setiap sela waktu bagaikan menghiris, menikam jantungku. Menyeksakan. Kenangan bersama nenek satu persatu berlegar-legar di kotak ingatanku. Wajah nenek di segenap penjuru ruang. Aku ingin segera pulang ke pangkuan nenek, aku ingin cepat sampai ke rumah kesayangan nenek. Ya Allah, tabahkanlah hatiku.. Tempatkanlah nenekku dalam golongan yang Engkau kasihi.
Amin ya rabbal alamin...

Kasih Sayang Allah kepada HambaNya

Seandainya manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah swt, maka mereka tidak akan mampu menghitungnya. Sekalipun air laut dijadikan tinta, seluruh ranting kayu dijadikan pena dan dedaun pokok yang ada di muka bumi ini dijadikan kertasnya, maka ia tidak akan pernah selesai. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah swt kurniakan disekeliling kita.Tetapi kita sering lupa dan lalai untuk bersyukur kepada yang Maha Memberi. Malah kita membalas dengan menggunakan nikmat-nikmat itu untuk melakukan maksiat kepadaNya.Ketika kita melangkah kaki keluar, menghayunkan tangan, menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang terang dan bersinar, pernahkah kita terfikir dari mana datangnya semua nikmat-nikmat ini?Sekiranya Allah swt mengarahkan semua kemudahan dan nikmat yang diberiNya kepada kita harus di bayar menggunakan wang, berapa banyak yang harus kita keluarkan untuk membayar semua itu?Tepuk dada tanya iman.Kita sering lupa dan melupakan apa yang kita miliki. Sebaliknya selalu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan apa yang kita belum miliki. Mungkin kita harus bertanya soalan ini kepada diri sendiri:
"Mahukah aku kalau ada orang mahu membeli sepasang mataku dengan jutaan ringgit?".
"Mahukah aku tukarkan kedua-dua belah tangan ku ini dengan emas yang bertan-tan?"
Dan bahagian-bahagian tubuh kita yang lain. Hati, buah pinggang, jantung, dan lain-lain?
Siapakah yang mahu menukar hidupnya dengan seluruh harta benda duniawi?
Ingatlah, hidup ini sendiri adalah nikmat dari Allah swt.
Firman Allah yang bermaksud; "Maka nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan?"
InsyaAllah, semoga kita sama-sama dapat renungkan. Mari kita terus bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah dan terus sabar mengahadapi ujianNya.

For the first time...

Assalamualaikum semua...
Pertama sekali saya ingin memanjatkan syukur kehadrat Illahi kerana saya telah melancarkan blog islamik saya yang pertama (hehehehe... poyo plak). InsyaAllah saya akan memanfaatkan blog ini dengan sebaik mungkin untuk menyebarkan Islam. Saya berharap anda semua dapat membantu saya untuk meningkatkan mutu blog dengan memberi nasihat @ komen sekali gus menunjukkan betapa indahnya Islam itu kepada semua umat Islam termasuk diri kita yang sentiasa alpa dan leka dengan kehidupan di dunia ini. Buat masa ini sampai di sini sahaja.